Sunday 15 January 2012

NASI DAGANG PRESSURE COOKER

Semalam saya buat demo Nasi Dagang, Nasi Hujan Panas dan lauk nyer Gulai Ikan Tongkol, Jelatah, Ayam Masak Merah dan Masak Kurma Danging di rumah kakak ipar di Jalan Ipoh.  Nak diceritakan... ini lah first time saya membuat Nasi Dagang n Gulai Ikan Tongkol, selalunya saya beli je.... dengan menggunakan Pressure Cooker xperlulah 2 kali nk mengukusnyer hanya 8 minit je nasi dangang telahpun siap...mudah aje.  dengan bantuan Puan Huda yang menunjukan cara membuatnya.... menjadi juga Nasi Dagang saya....terima kasih Huda .....

RESEPI NASI DAGANG 

Bahan-Bahan:-

4 cawan Beras Wangi (Triple A)
1/2  cawan santan pekat
3 3/4  cawan santan cair
10 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 inci Halia (dihiris halus)
1 sudu halba
Garam
1 sudu minyak

Cara-caranya:-

1.  Basuh beras dan masukkan garam, minyak, santan cair jika suka boleh letak sedikit gula. Gaul sebati.

2.  Tekan High Pressure untuk 8 minit.

3.  Dah masak, masukkan bawang, halia dan halba gaul sebati.  Masukkan santan pekat gaul bagi sebati.

4.  Tutup tudung periuk. offkan Pressure Cooker biar dalam 5 minit hingga masak nasi tu n sebati.


RESEPI GULAI IKAN TONGGKOL

Bahan A
1 ekor Ikan Tongkol dibersihkan
2 inci lengkuas (dihiris)
3 keping asam gelugor (saya gunakan 1 genggam asam jawa)
sedikit garam
Air sekadar menutupi Ikan

Bahan B

1 Biji bawang besar }
3 ulas bawang putih } diblender
1 inci halia               }
santan pekat

1 paket rempah kari } dibancuh dengan air dibuat pes
1 sudu cili mesin      }

chili hijau dihiris
serbuk perasa n garam

Cara-caranya

1.  Bahan A di High Pressure selama 5 minit kemudian di ketepikan.

2.  Stir Fry bahan yang diblend sehingga kuning dan masukkan bahan pes kacau hingga garing.

3.  Masukkan Bahan A tadi sekiranya menggunakan asam jawa buangkan bijinya terlebih dahulu.
     Masukkan santan pekat kacau bagi sebati. Masukkan perasa n garam.

4.  Akhir sekali masukkan chili hijau .

Bolehlah dihidangkan dengan jelatah.

Selamat Mencuba

Wednesday 11 January 2012

PERCUTIAN KE SINGAPORE - UnIVeRSaL StUdIOS SInGapORe

Percutian yang menarik ke Universal Studios Singapore...sempat kami rakam untuk kenangan....









































Monday 19 December 2011

RESEPI KARI AYAM

RESEPI KARI AYAM

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (Brand BABA's Kari Pedas Daging)
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
2 bunga cengkih
2 inci halia (dihiris halus)
6 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang puteh dihiris halus
2 biji ubi kentang dipotong 4 setiap biji
2 btg carrot dipotong memanjang (Kacau suka /ikut citarasa)
200 gm santan pekat (KARA)
3 – 4 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
2 btg serai dititik
Daun Kari
garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasak

1. Ayam di basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Dengan menggunakan periuk Pressure Cooker tekan butang Stir Fry tumiskan
    bawang, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan serai.  Kalau ada   
    daun kari tumiskan sekali daun kari tu.
3. Bila bawang dah nampak garing dan naik bau.  Masukkan serbuk rempah kari kacau
    hingga sebati  supaya serbuk kari tak hangit. kacau dan masukkan sedikit air (dalam
    setengah cawan)
4. Masukkan ayam dan ubi kentang dan carrot  yang telah di kupas dan di potong
    empat atau enam (ikut suka) dan juga garam dan serbuk perasa… biar seketika.
5. Masukkan air dan offkan PC.
6. Tutup tudung PC. Tekan butang High Pressure 6 x (6 minit).
7. Bila dah 6 minit off PC …buka tudung PC kemudian tekan stir fry  masukkan santan
    kacau supaya santan jangan berketul. Bila dah mendidih boleh lah angkat. Offkan
    PC.

Note :

1. Boleh juga masukkan sedikit kerisik kalau suka ke dalam rempah yang di tumis.
2. Kalau nak boleh juga masukkan buah tomato ke dalam kari tapi akan terasa masam
    sedikit kari tu.
3. Kalau tak ada santan, boleh tukar dengan susu cair atau air sahaja (kari tanpa
    santan tu)

RESEPI NASI JAGUNG

Resepi ini diambil dari internet saja nk berkongsi dengan kawan2 ... rasanya memang sedap bagi mereka yang gemar perisa jagung... tapi anak-anak kurang suka...

RESEPI NASI JAGUNG


Bahan-Bahan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji cili hijau (dikisar)
  • 4 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 tin susu sejat
  • 2 cawan air
  • 4 cawan beras basmathi 
  • 1 tin jagung
  • Saffron
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Serbuk pati ayam 
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan

  • Kisarkan bawang besar, cili hijau, buah keras, kas-kas, dan bawang putih sehingga lumat.
  • Dengan menggunakan periuk  Pressure Cooker (PC)  tekan butang Stir Fry cairkan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, halia dan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga bau harum.
  • Masukkan serai, serbuk cili, jagung, garam, gula dan pati ayam dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan beras yang telah dicuci. Campurkan air dan susu sejat
  • Offkan PC. Biar seketika kemudian tutup tudung PC dan tekan butang High Pressure 8 x untuk 8 Minit.  Tunggu sehingga masak.
  • Selepas nasi siap dimasak taburkan baun bawang yang telah dihiris sebelum dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba.

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CHILI PADI

Masak Lemak Ayam Chili Padi nie mmg favorite kami sekeluarga....anak-anak saya mmg suka masakan yang bermenukan ayam...so di sini saya abadikan resepi ayam masak lomak chili padi...menggunakan Pressure Cooker (PC)...hai memandangkan dh ada Pressure Cooker so akan mulakan sentuhan masakan dengan menggunakan PC..

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CHILI PADI

1 ekor ayam dipotong kecil dan dicuci bersih.
4 biji kentang dibelah 4 setiap biji
6 btg serai di titik ...lg byk lagi sedap cz aromanya akan membangkitkan rasa
3 keping asam gelugor
400 ml santan pekat (2 kotak santan KARA)
1 liter air atau ikut kesesuaian rasa
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut

BAHAN DIKISAR

15 chili padi
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci  halia
1 inci kunyit hidup

CARA2NYA

1.   Masukkan bahan yang dikisar didalam Periuk PC beserta serai dan ayam. Masukkan sedikit air.

2.   Tekan butang Stir Fry kecutkan ayam tadi hingga separuh masak.

3.   Tuangkan air atau santan cair, kentang, asam gelugor dan garam.

4.   Off kan PC.  Tutup tudung periuk PC.  Tekan High Pressure selama 6 x untuk 6 minit.

5.  Bila dh  6 minit ...tekanan pressure dah keluar off kan PC dan buka tudung PC.

6.  Tekan butang Stir Fry masukkan santan pekat dan juga daun limau purut.

Bole la dihidangkan....Selamat Mencuba.

RESEPI DAGING MASAK MERAH

Daging masak merah nie biasanye saya rebus daging dulu sehingga lembut tapi memandangkan dah beli Noxxa Pressure Cooker so xperlu la berpayah2 nk rebus daging hehehe

RESEPI DAGING MASAK MERAH

1/2 kg daging dipotong nipis 
1biji bawang besar dimayang
1 biji chili capsicum hijau
2 cm halia dihiri halus
3 ulas bawang putih di potong dadu
2 sudu besar chili sos
2 sudu besar tomato sos atau ikut cita rasa
2 sudu sos tiram
kacang buncis dipotong serong
sedikit garam
daun sup n daun bawang sebagai hiasan

Cara2nya

1.  Tekan butang Stir Fry pada periuk Pessure Cooker (PC) tumis bahan2 spt bawang n halia sehingga
     kekuningan dan berbau wangi.

2.  Masukkan chili sos, tomato dan sos tiram kacau sehingga rata biarkn seketika.

3.  Masukkan sedikit air, garam dan juga daging. Kacau sehingga sebati. Biarkan seketika.

4.  Off kan PC.  Masukkan chili capsicum hijau tadi n kacang buncis dan tutup tudung PC.

5.  Tekan high pressure 10 x (10 minit) and tekan on.

6.  Bila sudah masak hiaskan dengan daun sup dan bawang.

Bole la makan dengan nasi putih....Selamat Mencuba.

RESEPI KACANG KUDA GORENG

Pada hari jumaat yg lepas 16 Dis 2011 mmg terasa nk demam...coz cuaca diluar amat dingin maklumla dari petang hingga malam hujan turun dgn lebatnya...so perut pn lapar .....teringat lak kacang kuda yang dibeli beberapa hari yg lalu.... selalunya kalo nk merebusnyer direndam semalaman...tapi bila teringat kt PC (Pressure Cooker) why not... rebus je la so saya masukkan kedalam periuk PC dengan sedikit garam, high pressure dlm 30 minit..senangkn..... foto akan saya upload kemudian.


1 paket kacang kuda
1 1/2 sudu rempah kari
daun kari
chili kering
garam


1.    Setelah 30 minit direbus dengan menggunakan PC ditoskan kacang kuda tersebut.


2.    Panaskan minyak dengan butang Stir Fry dan tumiskan daun kari, chili kering dan  
       rempah kari hingga wangi.


3.    Kemudian masukkan kacang kuda td dan goreng hingga kering.  Tambahkan sedikit 
      garam dan perisa jika perlu.


Bole la dihidang.   Selamat Mencuba.