Tuesday, 1 June 2010
Sunday, 25 April 2010
FAMILY DAY PBBM
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, berjaya jugak aku memujuk diriku untuk menaipkan sesuatu dalam blog aku nih. Hmm...agak lama jugak tak menaip setelah sekian lama takde mood nak berblogging. Banyak jugak benda yang terjadi sepanjang aku tak menulis ni..... Kalau nak ditulis kesemuanya dalam post aku kali ni takut panjang berjela la pulak. Kang takde orang pulak yang nak baca. Huhu...
Ok. Aku rase main event yang aku boleh nak berceloteh sikit dalam post kali ini ialah mengenai Family Day PBBM baru-baru ni yang telah diadakan di Universiti Utara Malaysia pada 29 Januari - 1 Februari 2010.
Overall.... aku rasa memang best. Cuma standard la setiap perkara yang kita rancang boleh kate confirm tak menjadi 100% seperti ape yang kita rancang. Tak Percaya? Percayalah! Haha....
Walaupun staf PBBM tak ramai tapi bila semuanya membawa family memang menyeronokkan Sememang tak dapat dinafikan, ukhuwah yang terbina atau terjalin dari mula-mula aku mula bekerja sikit pun tak pudar sehingga kini....Bertambah erat lagi ukhuwah apabila bukan saja anak-anak kakitangan....ada yang membawa saudara mara juga turut serta dalam Family Day tersebut. Perjalanan kami ke UUM dengan menaiki keretapi Express Senandung Langkawi dari KL Sentral ke Arau, Perlis. Di sini aku sertakan gambar sepanjang program Family Day tersebut berjalan :-
Subscribe to:
Posts (Atom)