Semalam saya buat demo Nasi Dagang, Nasi Hujan Panas dan lauk nyer Gulai Ikan Tongkol, Jelatah, Ayam Masak Merah dan Masak Kurma Danging di rumah kakak ipar di Jalan Ipoh. Nak diceritakan... ini lah first time saya membuat Nasi Dagang n Gulai Ikan Tongkol, selalunya saya beli je.... dengan menggunakan Pressure Cooker xperlulah 2 kali nk mengukusnyer hanya 8 minit je nasi dangang telahpun siap...mudah aje. dengan bantuan Puan Huda yang menunjukan cara membuatnya.... menjadi juga Nasi Dagang saya....terima kasih Huda .....
RESEPI NASI DAGANG
Bahan-Bahan:-
4 cawan Beras Wangi (Triple A)
1/2 cawan santan pekat
3 3/4 cawan santan cair
10 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 inci Halia (dihiris halus)
1 sudu halba
Garam
1 sudu minyak
Cara-caranya:-
1. Basuh beras dan masukkan garam, minyak, santan cair jika suka boleh letak sedikit gula. Gaul sebati.
2. Tekan High Pressure untuk 8 minit.
3. Dah masak, masukkan bawang, halia dan halba gaul sebati. Masukkan santan pekat gaul bagi sebati.
4. Tutup tudung periuk. offkan Pressure Cooker biar dalam 5 minit hingga masak nasi tu n sebati.
RESEPI GULAI IKAN TONGGKOL
Bahan A
1 ekor Ikan Tongkol dibersihkan
2 inci lengkuas (dihiris)
3 keping asam gelugor (saya gunakan 1 genggam asam jawa)
sedikit garam
Air sekadar menutupi Ikan
Bahan B
1 Biji bawang besar }
3 ulas bawang putih } diblender
1 inci halia }
santan pekat
1 paket rempah kari } dibancuh dengan air dibuat pes
1 sudu cili mesin }
chili hijau dihiris
serbuk perasa n garam
Cara-caranya
1. Bahan A di High Pressure selama 5 minit kemudian di ketepikan.
2. Stir Fry bahan yang diblend sehingga kuning dan masukkan bahan pes kacau hingga garing.
3. Masukkan Bahan A tadi sekiranya menggunakan asam jawa buangkan bijinya terlebih dahulu.
Masukkan santan pekat kacau bagi sebati. Masukkan perasa n garam.
4. Akhir sekali masukkan chili hijau .
Bolehlah dihidangkan dengan jelatah.
Selamat Mencuba









































