Monday, 19 December 2011

RESEPI KARI AYAM

RESEPI KARI AYAM

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (Brand BABA's Kari Pedas Daging)
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
2 bunga cengkih
2 inci halia (dihiris halus)
6 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang puteh dihiris halus
2 biji ubi kentang dipotong 4 setiap biji
2 btg carrot dipotong memanjang (Kacau suka /ikut citarasa)
200 gm santan pekat (KARA)
3 – 4 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
2 btg serai dititik
Daun Kari
garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasak

1. Ayam di basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Dengan menggunakan periuk Pressure Cooker tekan butang Stir Fry tumiskan
    bawang, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan serai.  Kalau ada   
    daun kari tumiskan sekali daun kari tu.
3. Bila bawang dah nampak garing dan naik bau.  Masukkan serbuk rempah kari kacau
    hingga sebati  supaya serbuk kari tak hangit. kacau dan masukkan sedikit air (dalam
    setengah cawan)
4. Masukkan ayam dan ubi kentang dan carrot  yang telah di kupas dan di potong
    empat atau enam (ikut suka) dan juga garam dan serbuk perasa… biar seketika.
5. Masukkan air dan offkan PC.
6. Tutup tudung PC. Tekan butang High Pressure 6 x (6 minit).
7. Bila dah 6 minit off PC …buka tudung PC kemudian tekan stir fry  masukkan santan
    kacau supaya santan jangan berketul. Bila dah mendidih boleh lah angkat. Offkan
    PC.

Note :

1. Boleh juga masukkan sedikit kerisik kalau suka ke dalam rempah yang di tumis.
2. Kalau nak boleh juga masukkan buah tomato ke dalam kari tapi akan terasa masam
    sedikit kari tu.
3. Kalau tak ada santan, boleh tukar dengan susu cair atau air sahaja (kari tanpa
    santan tu)

RESEPI NASI JAGUNG

Resepi ini diambil dari internet saja nk berkongsi dengan kawan2 ... rasanya memang sedap bagi mereka yang gemar perisa jagung... tapi anak-anak kurang suka...

RESEPI NASI JAGUNG


Bahan-Bahan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji cili hijau (dikisar)
  • 4 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 tin susu sejat
  • 2 cawan air
  • 4 cawan beras basmathi 
  • 1 tin jagung
  • Saffron
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Serbuk pati ayam 
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan

  • Kisarkan bawang besar, cili hijau, buah keras, kas-kas, dan bawang putih sehingga lumat.
  • Dengan menggunakan periuk  Pressure Cooker (PC)  tekan butang Stir Fry cairkan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, halia dan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga bau harum.
  • Masukkan serai, serbuk cili, jagung, garam, gula dan pati ayam dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan beras yang telah dicuci. Campurkan air dan susu sejat
  • Offkan PC. Biar seketika kemudian tutup tudung PC dan tekan butang High Pressure 8 x untuk 8 Minit.  Tunggu sehingga masak.
  • Selepas nasi siap dimasak taburkan baun bawang yang telah dihiris sebelum dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba.

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CHILI PADI

Masak Lemak Ayam Chili Padi nie mmg favorite kami sekeluarga....anak-anak saya mmg suka masakan yang bermenukan ayam...so di sini saya abadikan resepi ayam masak lomak chili padi...menggunakan Pressure Cooker (PC)...hai memandangkan dh ada Pressure Cooker so akan mulakan sentuhan masakan dengan menggunakan PC..

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CHILI PADI

1 ekor ayam dipotong kecil dan dicuci bersih.
4 biji kentang dibelah 4 setiap biji
6 btg serai di titik ...lg byk lagi sedap cz aromanya akan membangkitkan rasa
3 keping asam gelugor
400 ml santan pekat (2 kotak santan KARA)
1 liter air atau ikut kesesuaian rasa
garam secukup rasa
3 helai daun limau purut

BAHAN DIKISAR

15 chili padi
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci  halia
1 inci kunyit hidup

CARA2NYA

1.   Masukkan bahan yang dikisar didalam Periuk PC beserta serai dan ayam. Masukkan sedikit air.

2.   Tekan butang Stir Fry kecutkan ayam tadi hingga separuh masak.

3.   Tuangkan air atau santan cair, kentang, asam gelugor dan garam.

4.   Off kan PC.  Tutup tudung periuk PC.  Tekan High Pressure selama 6 x untuk 6 minit.

5.  Bila dh  6 minit ...tekanan pressure dah keluar off kan PC dan buka tudung PC.

6.  Tekan butang Stir Fry masukkan santan pekat dan juga daun limau purut.

Bole la dihidangkan....Selamat Mencuba.

RESEPI DAGING MASAK MERAH

Daging masak merah nie biasanye saya rebus daging dulu sehingga lembut tapi memandangkan dah beli Noxxa Pressure Cooker so xperlu la berpayah2 nk rebus daging hehehe

RESEPI DAGING MASAK MERAH

1/2 kg daging dipotong nipis 
1biji bawang besar dimayang
1 biji chili capsicum hijau
2 cm halia dihiri halus
3 ulas bawang putih di potong dadu
2 sudu besar chili sos
2 sudu besar tomato sos atau ikut cita rasa
2 sudu sos tiram
kacang buncis dipotong serong
sedikit garam
daun sup n daun bawang sebagai hiasan

Cara2nya

1.  Tekan butang Stir Fry pada periuk Pessure Cooker (PC) tumis bahan2 spt bawang n halia sehingga
     kekuningan dan berbau wangi.

2.  Masukkan chili sos, tomato dan sos tiram kacau sehingga rata biarkn seketika.

3.  Masukkan sedikit air, garam dan juga daging. Kacau sehingga sebati. Biarkan seketika.

4.  Off kan PC.  Masukkan chili capsicum hijau tadi n kacang buncis dan tutup tudung PC.

5.  Tekan high pressure 10 x (10 minit) and tekan on.

6.  Bila sudah masak hiaskan dengan daun sup dan bawang.

Bole la makan dengan nasi putih....Selamat Mencuba.

RESEPI KACANG KUDA GORENG

Pada hari jumaat yg lepas 16 Dis 2011 mmg terasa nk demam...coz cuaca diluar amat dingin maklumla dari petang hingga malam hujan turun dgn lebatnya...so perut pn lapar .....teringat lak kacang kuda yang dibeli beberapa hari yg lalu.... selalunya kalo nk merebusnyer direndam semalaman...tapi bila teringat kt PC (Pressure Cooker) why not... rebus je la so saya masukkan kedalam periuk PC dengan sedikit garam, high pressure dlm 30 minit..senangkn..... foto akan saya upload kemudian.


1 paket kacang kuda
1 1/2 sudu rempah kari
daun kari
chili kering
garam


1.    Setelah 30 minit direbus dengan menggunakan PC ditoskan kacang kuda tersebut.


2.    Panaskan minyak dengan butang Stir Fry dan tumiskan daun kari, chili kering dan  
       rempah kari hingga wangi.


3.    Kemudian masukkan kacang kuda td dan goreng hingga kering.  Tambahkan sedikit 
      garam dan perisa jika perlu.


Bole la dihidang.   Selamat Mencuba.

RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS

Saya telahpun mencuba resepi ini semasa cuti brithday sultan selangor  pada hari Isnin lalu.  Hanya 8 minit saja nasi minyak ini boleh dihidang....resepi ini diambil dari Myresipi tapi saya telah ubahsuaikan sedikit dengan menjadikan Nasi Minyak ini berwarna warni...kepada  empunya resepi ini diucapkan ribuan terima kasih kerana mmg mudah dan sedap.  So nk minta kebenaran nk copy paste resepi ini wat kenkawan yg lain yg ingin mencubanya... sori picnyer nnt saya upload kemudian erk


RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS


Bahan2nya
4 cawan beras Basmathi (saya guna PUSA 1121)
6 cawan air (saya letak 5 cawan air n 1 cawan susu cair coz ada dlm fridge)
2 kiub ayam
pewarna merah dan hijau
2 biji bawang besar (di dadu)
2" halis dihiris halus
4 ulas bawang putih (di dadu)
sedikit minyak sapi untuk menumis
sedikit garam
sedikit rempah ratus (kayu manis, bunga cengkih, b.lawang n b.pelaga)
2 helai daun pandan
sedikit kismis kuning dan bawang goreng sebagai hiasan


CARA2NYA


1.  Tumis rempah ratus dan semua bahan tumis hingga kuning dan berbau wangi dengan
     menggunakan periuk  pressure cooker (PC) tekan butang stir fry.


2.  Masukkan beras dan gaul rata.


3.  Masukkan daun pandan, garam, kiub ayam yang dilarut dgn air + susu.


4.  Kemudian offkan PC dan tutup tudung PC.  Tekan High Pressure sebanyak 8 x untuk 8
    minit.


4.  Bila dh siap saya titik pewarna merah dan hijau untuk menceriakan nasi minyak nie. Bole
     la dihiasi dengan kismis dan bawang goreng.  Nasi minyak ini  boleh la dihidang/dimakan
     bersama  rendang daging atau ayam masak merah.


Selamat Mencuba.



NOXXA ELECTRIC MULTIFUNCTION PRESSURE COOKER

Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa 


A. Dengan Credit card (ansuran 12 bulan)
1- Dengan Kredit card:
       i) Harga RM695 – bulan-bulan RM57.90 tanpa faedah x12
       ii) Harga Ahli RM 669 – bulan-bulan RM55.75tanpa faedah x 12



B- Dengan Cash

2- Harga cash : RM695
Ini harga cash on delivery…. untuk sekali bayar



3- Harga Ansuran 4 bulan : RM700
RM175 setiap bulan cash 4 kali bayar



Sekiranya berminat boleh hubungi 
Puan Zuraidah H/P 019-3365653


Kegunaannya:- 
  • Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah. 
  • Pelbagai fungsi - Masak Perlahan, Mengukus, Menumis. 
  • Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat. 
  • Pelewat Masa sehingga 8 jam. 
  • Periuk tidak melekat 8L.

Saiz periuk bahagian dalam
  • Diameter : 26.2cm 
  • Height : 17.5cm
  
Panduan Pembersihan/Penyenggaraan:
• Tanggalkan plag dan biar unit menyejuk sebelum membersihkannya.
• Cuci periuk memasak yang boleh ditanggalkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul.
• Lap pendakap luar dan tudung dengan kain bersih. Jangan rendam dalam air.
• Tanggalkan takungan pemeluwapan dengan menariknya ke bawah. Bersihkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula dengan
   menolaknya ke atas.
• Terbalikkan penutup, pegang gasket silikon di satu lagi bahagian dan tarik. Bersihkan gasket silikon dalam air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul.
   Letakkan semula gasket dengan menolaknya ke bawah ke dalam sisi penutup. Pastikan alur di bahagian tengah gasket diletakkan di sekeliling gegelang logam di
   bahagian dalam sisi penutup. Jika gasket tidak diletakkan dengan betul, unit tidak akan berfungsi.
• Demi mengekalkan prestasi periuk anda yang baik, bahagian dasar periuk masak yang boleh ditanggalkan di bahagian pad sensor mesti dibersihkan setiap sekali
   selepas menggunanya. Lap dengan kain basah yang lembut dan pastikan ia dikeringkan dengan betul.
• Jangan sesekali guna pembersih yang melelas atau pad penyental untuk membersihkan mana-mana bahagian.

PERHATIAN: Gasket silikon mestilah diletakkan dengan betul pada bahagian bawah penutup. Periksa secara berkala untuk memastikan ia bersih, fleksibel dan tidak retak atau terkoyak. Jika gasket silikon rosak, ganti ia sebelum mengguna periuk itu.

 Membersihkan tombol pengawal tekanan:

Periksa bahawa tombol pengawal tekanan dan injap keselamatan tekanan adalah berfungsi dengan baik sebelum setiap kali menggunanya.

• Selepas unit telah menyejuk, tanggalkan penutup.
• Tekan ke bawah dan putar tombol pengawal tekanan berlawanan arah pusingan jam melepasi seting STEAM dan tanggalkan dengan berhati-hati.
• Terbalikkan penutup dan letakkan di atas meja. Tarik  keluar penutup penghalang. Dengan mengguna berus, periksa dan keluarkan sebarang  makanan atau partikel
   asing yang mungkin terdapat dalam injap terapung. Letakkan  semula penutup penghalang.
 • Letakkan semula tombol pengawal tekanan dengan melapisi takuk sehingga ke atas dinding bahagian dalam kebuk pengawal tekanan dalam penutup dan putar ke arah
    pusingan jam.

Waranti satu (1) tahun daripada kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.
  



Sunday, 18 December 2011

NASI BRIYANI

Hari sabtu lepas saya buat Nasi Briyani bersama Kari Daging dengan menggunakan NOXXA Pressure Cooker.  Memang weekend ada saja menu nk saya  cuba...mmg semuanyer menjadi..... lepas nie bila xperlu risau bila nk buat open house or kenduri...Noxxa mmg byk membantu... xpayahla nk beroder jew...ingat MENU ingat NOXXA..hahaha ..lawak jew..pelik ker??? eh xlah... mcm nie bole la buat Iklan hehehe.....


Ok di sini saya sertakan resepi Nasi Briyani dengan menggunakan PC...hopefully bagi mereka yang baru membeli produk dari Amway nie boleh la mencuba... kalo ada kurang boleh la tambah ya...







Nasi Beriani (Pressure Cooker)

Bahan-bahan :
   1.        beras basmathi 6 cawan (guna cawan dpt masa beli periuk dan saya guna beras (Faiza
          Moghul or Pusa 1121)
2.       air 7 1/2 cawan 
3.       bawang besar 1 biji 
4.       bawang putih 3 ulas 
5.       halia 1 inci 
6.       penumis (kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang) 
7.       marjerin 3 sudu besar / minyak sapi
8.       minyak masak 3 sudu besar (saya guna Minyak Carotino)
9.       rempah kurma 2 sudu besar 
10.   serbuk kunyit 1/2 sudu besar 
11.   garam halus 1/2 sudu besar 
12.   jus limau 2 sudu besar 
13.   susu pekat 2 sudu besar 
14.   daun pandan 2 helai 

Caranya :


Tumis bahan-bahan 3-10, guna stir fry (tekan butang 1,  kemudian butang 2).
Offkan (tekan butang 2).
Masukkan beras, air dan bahan-bahan lain (11-14).
Guna high pressure 8 minit (tekan butang 3 [8 kali], kemudian butang 2).

Mudahkan...Selamat Mencuba ya....




Nasi Arab

2 minggu lepas aku buat Nasi Arab.....macam2 cara ada,  nie adalah kali kedua aku mencuba... mula2 aku buat guna pressure cooker presto yg guna dapur gas.... tapi kali nie mmg mudah dgn menggunakan Periuk Ajaib yang baru ku beli di Amway...Pressure Cooker Noxxa rasanya memang sedappppp, mudah dan cepat..... confirm kalo sapa2 nk datang umah xperlu risau....Noxxa ada......


Ape2 pun Nasi Arab ni memang sedap dan mudah disediakan....dalam banyak2 versi kita boleh cuba..... daging lembu or kambing boleh juga ditukar kpd ayam... next time aku nk  ubah mengikut style aku sendiri dengan menu ayam lak coz anak2 ku mmg gemar makan ayam..... basicnya hampir sama je.... ok disini aku sertakan resepi Nasi Arab yang di ajar oleh Chef Maznah di Surau As-Soban Bangi. 

Resepi Nasi Mandy Lahm(Daging) Arab

 

  PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
    * 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging
    * 15 biji buah pelaga
    * 15 kuntum bunga cengkih
    * 15 biji lada hitam
    * 1 sudu kecil jintan putih
    * 1 biji buah pala (diketuk)
    * 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam
    * 1 inci halia (diketuk)

      PENYEDIAAN NASI
    * 3 cawan beras basmathi
    * 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
    * 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun/Carotino
    * 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
    * 2 biji tomato yang kecil (potong dadu)
    * 4 biji buah pelaga
    * 4 kuntum bunga cengkih
    * 5 biji lada hitam
    * garam secubit
    * kismis dan kacang peas

      PENYEDIAAN SALATAH 
    * 3 biji tomato
    * 6 cili padi 
    * 1 ulas bawang putih
    * daun ketumbar
    * lemon
    * garam & gula secukup rasa

Cara-cara

1.  Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam
    dan halia. Kemudian tapis, ambil stok asingkan tulang dan daging.

2.  Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun or Carotino
     sehingga layu.

3.   Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan
      tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang 
      telah dipotong dadu, kismis  dan pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau
      nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa.. masak nasi sehingga masak).
      Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun tidak
      mengapa.

3.  Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar
     tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya
     bersama perahan lemon.
 
4.  Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya..
     Selamat Menjamu selera nasi mandy Lahm(Daging)

Bagi mereka yang berminat untuk  memasak Nasi Arab nie...Selamat Mencuba


 



 



Saturday, 23 April 2011

HARI YANG BERSEMANGAT

Hari Sabtu yang bersemanagat...pagi2 dah bangun untuk menyediakan nasi lemak untuk breakfast kerana anak balik dr kolej...lepas makan2 membersihkan halaman rumah melihat pokok bunga yang sedang berkembang dan sebelah tengaharinyer membuat karipap dan juga karipap sardin.