Monday, 19 December 2011

RESEPI KARI AYAM

RESEPI KARI AYAM

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (Brand BABA's Kari Pedas Daging)
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
2 bunga cengkih
2 inci halia (dihiris halus)
6 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang puteh dihiris halus
2 biji ubi kentang dipotong 4 setiap biji
2 btg carrot dipotong memanjang (Kacau suka /ikut citarasa)
200 gm santan pekat (KARA)
3 – 4 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
2 btg serai dititik
Daun Kari
garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasak

1. Ayam di basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Dengan menggunakan periuk Pressure Cooker tekan butang Stir Fry tumiskan
    bawang, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan serai.  Kalau ada   
    daun kari tumiskan sekali daun kari tu.
3. Bila bawang dah nampak garing dan naik bau.  Masukkan serbuk rempah kari kacau
    hingga sebati  supaya serbuk kari tak hangit. kacau dan masukkan sedikit air (dalam
    setengah cawan)
4. Masukkan ayam dan ubi kentang dan carrot  yang telah di kupas dan di potong
    empat atau enam (ikut suka) dan juga garam dan serbuk perasa… biar seketika.
5. Masukkan air dan offkan PC.
6. Tutup tudung PC. Tekan butang High Pressure 6 x (6 minit).
7. Bila dah 6 minit off PC …buka tudung PC kemudian tekan stir fry  masukkan santan
    kacau supaya santan jangan berketul. Bila dah mendidih boleh lah angkat. Offkan
    PC.

Note :

1. Boleh juga masukkan sedikit kerisik kalau suka ke dalam rempah yang di tumis.
2. Kalau nak boleh juga masukkan buah tomato ke dalam kari tapi akan terasa masam
    sedikit kari tu.
3. Kalau tak ada santan, boleh tukar dengan susu cair atau air sahaja (kari tanpa
    santan tu)

No comments:

Post a Comment