RESEPI DAGING MASAK MERAH
1/2 kg daging dipotong nipis
1biji bawang besar dimayang
1 biji chili capsicum hijau
2 cm halia dihiri halus
3 ulas bawang putih di potong dadu
2 sudu besar chili sos
2 sudu besar tomato sos atau ikut cita rasa
2 sudu sos tiram
kacang buncis dipotong serong
sedikit garam
daun sup n daun bawang sebagai hiasan
Cara2nya
1. Tekan butang Stir Fry pada periuk Pessure Cooker (PC) tumis bahan2 spt bawang n halia sehingga
kekuningan dan berbau wangi.
2. Masukkan chili sos, tomato dan sos tiram kacau sehingga rata biarkn seketika.
3. Masukkan sedikit air, garam dan juga daging. Kacau sehingga sebati. Biarkan seketika.
4. Off kan PC. Masukkan chili capsicum hijau tadi n kacang buncis dan tutup tudung PC.
5. Tekan high pressure 10 x (10 minit) and tekan on.
6. Bila sudah masak hiaskan dengan daun sup dan bawang.
Bole la makan dengan nasi putih....Selamat Mencuba.
saya baru sahaja membeli periuk ni . semua resipi dari ISRIDA saya akan jadikan panduan . terima kasih
ReplyDelete