Monday, 19 December 2011

RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS

Saya telahpun mencuba resepi ini semasa cuti brithday sultan selangor  pada hari Isnin lalu.  Hanya 8 minit saja nasi minyak ini boleh dihidang....resepi ini diambil dari Myresipi tapi saya telah ubahsuaikan sedikit dengan menjadikan Nasi Minyak ini berwarna warni...kepada  empunya resepi ini diucapkan ribuan terima kasih kerana mmg mudah dan sedap.  So nk minta kebenaran nk copy paste resepi ini wat kenkawan yg lain yg ingin mencubanya... sori picnyer nnt saya upload kemudian erk


RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS


Bahan2nya
4 cawan beras Basmathi (saya guna PUSA 1121)
6 cawan air (saya letak 5 cawan air n 1 cawan susu cair coz ada dlm fridge)
2 kiub ayam
pewarna merah dan hijau
2 biji bawang besar (di dadu)
2" halis dihiris halus
4 ulas bawang putih (di dadu)
sedikit minyak sapi untuk menumis
sedikit garam
sedikit rempah ratus (kayu manis, bunga cengkih, b.lawang n b.pelaga)
2 helai daun pandan
sedikit kismis kuning dan bawang goreng sebagai hiasan


CARA2NYA


1.  Tumis rempah ratus dan semua bahan tumis hingga kuning dan berbau wangi dengan
     menggunakan periuk  pressure cooker (PC) tekan butang stir fry.


2.  Masukkan beras dan gaul rata.


3.  Masukkan daun pandan, garam, kiub ayam yang dilarut dgn air + susu.


4.  Kemudian offkan PC dan tutup tudung PC.  Tekan High Pressure sebanyak 8 x untuk 8
    minit.


4.  Bila dh siap saya titik pewarna merah dan hijau untuk menceriakan nasi minyak nie. Bole
     la dihiasi dengan kismis dan bawang goreng.  Nasi minyak ini  boleh la dihidang/dimakan
     bersama  rendang daging atau ayam masak merah.


Selamat Mencuba.



No comments:

Post a Comment