Monday, 19 December 2011

RESEPI NASI JAGUNG

Resepi ini diambil dari internet saja nk berkongsi dengan kawan2 ... rasanya memang sedap bagi mereka yang gemar perisa jagung... tapi anak-anak kurang suka...

RESEPI NASI JAGUNG


Bahan-Bahan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji cili hijau (dikisar)
  • 4 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 tin susu sejat
  • 2 cawan air
  • 4 cawan beras basmathi 
  • 1 tin jagung
  • Saffron
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Serbuk pati ayam 
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan

  • Kisarkan bawang besar, cili hijau, buah keras, kas-kas, dan bawang putih sehingga lumat.
  • Dengan menggunakan periuk  Pressure Cooker (PC)  tekan butang Stir Fry cairkan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, halia dan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga bau harum.
  • Masukkan serai, serbuk cili, jagung, garam, gula dan pati ayam dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan beras yang telah dicuci. Campurkan air dan susu sejat
  • Offkan PC. Biar seketika kemudian tutup tudung PC dan tekan butang High Pressure 8 x untuk 8 Minit.  Tunggu sehingga masak.
  • Selepas nasi siap dimasak taburkan baun bawang yang telah dihiris sebelum dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment